Hari Raya Haji tahun ini (10 Zulhijah 1432) jatuh pada tarikh 6 November 2011 bersamaan hari Ahad.Seperti biasa aku turut sama meramaikan lagi jemaah Surau Kg.Seperi Ulu,Jelebu N9.Tahun ini 2 ekor lembu dikorbankan untuk disedekahkan kepada penduduk Kampung Seperi Ulu Khasnya.Setelah dihitung dan dikira dengan adilnya maka setiap rumah akan mendapat sekilo daging dan untuk aku serta petugas surau yang terlibat akan mendapat sekilo daging dan sekilo tulang.Alhamdulillah sebagai rakyat Malaysia kita masih bersyukur kerana masih dapat menikmati dan menyambut perayaan kebesaran Islam ini.
Dikesempatan ini aku mengucapkan Selamat hari Raya haji kepada semua umat Islam yang membaca Blog aku ini.Moga kita diberikan ketenangan,keamanan,kesenangan dan kebebasan selama hidup dibumi yang bertuah ini.Moga Allah swt memelihara negara kita dan kita peliharalah diri kita sendiri dari mendekati perbuatan mungkar.Moga apa yang kita perolehi ,sumbernya adalah dari rezeki yang halal.
No comments:
Post a Comment