SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Friday, January 27, 2012

Antara Jujur & Keikhlasanku


   Salam Jumaat kepada saudara-saudari, rakan-rakan, teman-teman  kalian.Moga didoakan keberkatan Jumaat diperolehi dan dijauhi segala kemungkaran.Al-kisahnya disini aku ingin berkongsi satu kisah yang berlaku pada diri aku suatu petang dihari yang penuh kemuliaan ini  27.01.2012….
   Seperti biasa sehabisnya kerja harian aku selesaikan aku akan berehat di ruang legar kawasan aku bekerja.Sedang aku  berbual bersama rakan sekerja (Bukan setugas),aku didatangi seorang Ah So (Gelaran perempuan sudah berkahwin  bangsa Tiong Ha) untuk membetulkan alamat lot rumah beliau yang tersalah cetak sedangkan pembayaran cukai telah dibuat.Telah aku maklumkan kaunter telah   telah ditutup 15minit yang  lalu.Ah So ini merayu sangat agar dapat diperbetulkan alamat lot tersebut dan atas rasa simpati budi bicara aku,maka aku membawa  beliau ke bilik kaunter  (Sesudah minta izin untuk masuk)Kebetulan Pegawai bertugas masih berada dibilik berkenaan.Setelah aku menjelaskan permasalahan ini bagi mewakili pihak Ah So (Kerana beliau kurang fasih berbahasa Malaysia) maka aku meninggalkan Ah So ini bersama Pegawai  tersebut  untuk berbincang.
   Apa yang memeranjatkan aku..,ketika aku lalu bersebelahan Ah So tersebut,beliau menghulurkan  RM10 untuk duit aku minum teh (katanya).Aku menolak dengan menjawab, “Terima kasih..,tak apa saya sudah minum..” dan terus beredar keluar.Kira-kira selepas 15minit kemudian aku lihat Ah So ini keluar dari bilik kaunter dengan senyuman (Masalah selesailah tu) dan mendatangi aku sekali lagi yang ketika itu duduk diruang hadapan tempat aku bekerja.Ah So tersebut menghulurkan sekali lagi RM20 (2 helai duit merah).Beliau mendesak aku mengambil wang yang dihulurkan itu.Dia kata untuk aku minum dan Gong Xi Fa Chai….dengan lembut aku menjawab,”Tak  apa lah Ah So..saya tolong dan saya kerja sini.Tak kisah itu wang…cukup terima kasih laa…Gong si faa chaaai..” sambil itu aku beredar terus ke arah tandas lelaki……(Apabila aku keluar dari tandas ,Ah So dan motorsikalnya  tidak kelihatan lagi).
   Aku hairan juga,adakah pertolongan aku yang tidak seberapa itu perlu dibalas dengan RM..tidak cukupkah dengan ucapan “Terima Kasih”…ataupun anggapan Ah So ini terlalu besar pertolongan aku..atau mungkin juga beliau berfikir sekarang zaman duit..apa sahaja yang ingin disegerakan perlu dibalas dengan duit…dan mungkin juga beliau menabur budi agar segala urusan permasalahan berbangkit akan datang akan mudah diselesaikan…..ohhh…tidak… siapalah aku….
   Jujurnya aku berkata disini bahawa apa jua pertolongan yang aku buat selama ini tidak dikira membantu siapa jua...jika namanya minta tolong maka ikhlaslah dari hati ku tanpa mengharap sebarang balasan…(Contoh:Aku terlibat dengan Sukarelawan JKM,Sukarelawan AADK dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan).Jika di minta aku membuat sebarang pekerjaan dan ditetapkan nilainya maka aku terima ganjaranya sebagai  hasil peluhku yang menitis…(Contoh:Aku terlibat dengan Katering,Upah menebas,Upah meracun rumput dan beberapa kerja sampingan yang aku lakukan)
   Ya Allah Ya Tuhan yang Maha Agung…kuatkanlah pendiriaan aku..permudahkanlah urusan harian ku dan berkatilah rezeki yang aku perolehi dengan hasil usahaku sendiri.Sememangnya aku tahu kelemahanku maka itu ku pohonkan kekuatan dari mu Ya Allah,jauhilah punca rezekiku dari sumber  yang tidak diredhai. Moga kupohonkan jua agar saudara-saudari,rakan-rakan,teman-teman aku sekalian dijauhi segala bahaya dan berkatilah rezeki mereka  sekalian….Amin –Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, January 20, 2012

Antara Kebenaran & Mitos...renung .., fikirkanlah


Hari ini sekali lagi Jumaat 2012 menjengok kita dengan penuh ketenangan  dan bumi ditempat aku ini diberinya hujan diawal pagi.Sejuk dan nyaman rasanya.Syukur ke hadrat Ilahi.Apa yang  kita inginkan ialah kedamaian dan keamanan dunia sejagat  saling hormat dan menghormati  bekerja sama satu sama lain dalam menjalankan tugas harian.
Apa yang dikesalkan kini ialah manusia sesama sendiri  bertelagah untuk  menegakkan apa yang batil dan menidakkan kebenaran.Agama yang menjadi pegangan hidup dijadikan perjudian untuk mempertaruhkan ikatan persaudaraan.
Apakah penghujung dunia telah hampir dan kita sebagai umat Islam mempercayai  dunia ini akan Qiamat atau erti kata lainnya dunia kini ialah dunia akhir zaman.Ini diperkukuhkan lagi dengan tanda-tanda kecil Qiamat telah banyak dilihat pada kehidupan hari ini.Contohnya ramai manusia berpakaian tapi bertelanjang,lelaki memakai skaf kepala manakala perempuan mendedahkan rambut,Kebenaran tidak lagi dipercayai dan banyak lagi contoh yang dapat dilihat sekeliling kita selain dari peperangan sesama kepercayaan  agama.
Oleh itu disini aku ingin berkongsi kisah mitos yang aku terbaca dalam sebuah artikel semasa aku berkunjung ke perpustakaan awam baru-baru ini.Bukan niat aku menakut-nakutkan manusia tetapi sekadar  ingatan untuk kita sebagai insan manusia tidak semestinya kita akan kekal selamanya…Qiamat kian hampir dan kematian adalah pasti (Ditujukan khas kepada manusia yang angkuh dan yang sering memandang  rendah serta menganiaya  aku).
Mengikut kepercayaan mitos kaum Maya yang berusia hampir 5 ribu tahun ,dunia ini akan berakhir  dihari Jumaat pada 21 Disember 2012(M) bersamaan 8 Safar 1434(H).Menurut  kepercayaan kaum ini dikatakan membabitkan planet-planet yang berada di cakerawala  berantakan sesama sendiri .Bumi dipercayai akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti yang akan menyebabkan polar magnet bumi akan berganjak dari kedudukan asalnya.
Akibatnya air laut akan melimpah kedaratan (Seperti Tsunami) dan memenuhi muka bumi ini.Gempa bumi akan berlaku kerana gegaran dari bawah tanah akibat ledakan belerang gunung berapi yang masih aktif dan boleh menyebabkan gunung berapi meletus memuntahkan larva yang amat panas untuk  mematikan kehidupan seterusnya menutup muka bumi  yang berlopak dan berlurah.Seperti mana yang kita ketahui  airbatu dikutub juga kian mencair dan menambah kapasiti air laut yang sedia ada.Oleh itu tidak mustahil banjir akan berlaku tanpa mengira keadaan cuaca kerana faktor pasang surut air laut juga menpenggaruhi banjir.
Tamadun kaum Maya ini pernah wujud kira-kira 2 ratus tahun sebelum masihi  dan kaum ini memiliki ilmu astronomi yang maju ribuan tahun dahulu dalam ilmu kajian kitaran bintang di Bima Sakti. Menurut kepercayaan kaum ini juga sebuah planet akan akan menceroboh sistem  solar bumi  dan ianya akan memudaratkan hidupan yang menghampiri planet ini.Planet ini dikatakan mempunyai muka bumi yang tandus dan gempa bumi berlaku senantiasa  disamping bencana alam yang lain.Planet ini juga dipercayai berkuasa magnetik dan boleh mengganggu kestabilan geografi bumi.
Oleh itu kepada pembaca blog aku ini,ambillah kisah ini sebagai ingatan untuk kita menginsafi kemungkaran dan ketamakkan dunia.Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui apa yang akan berlaku dan kita sebagai hambanya bersiap sedia kerana apa juga yang berlaku adalah ketentuan Nya juga.Apa yang kita ada pada hari ini seperti darjat,pangkat,kekayaan dan kedudukan  tidak akan kekal selamanya .Apa yang kita miliki hanya dipinjamkan untuk dijadikan bahan ujian dalam menentukan kedudukan kita dikemudian hari kelak.Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan ingatlah untuk membantu golongan yang memerlukan.Walau sehebat mana pun kita….akhirnya hanya kain kafan mengiringi kita ke kubur dan amalan dibawa pergi ke Alam Baqa.
Akhir kata..aku mendoakan agar kalian yang bersifat manusia dan mempunyai akal fikiran..didoakan agar kehidupan kalian akan diberkati dan diredhai oleh yang Maha Berkuasa lagi Maha Besar.Tuhan segala alam..Allah swt…Insyaallah.