Salam Jumaat kepada
saudara-saudari, rakan-rakan, teman-teman kalian.Moga didoakan keberkatan Jumaat
diperolehi dan dijauhi segala kemungkaran.Al-kisahnya disini aku ingin
berkongsi satu kisah yang berlaku pada diri aku suatu petang dihari yang penuh kemuliaan
ini 27.01.2012….
Seperti biasa
sehabisnya kerja harian aku selesaikan aku akan berehat di ruang legar kawasan
aku bekerja.Sedang aku berbual bersama
rakan sekerja (Bukan setugas),aku didatangi seorang Ah So (Gelaran perempuan
sudah berkahwin bangsa Tiong Ha) untuk
membetulkan alamat lot rumah beliau yang tersalah cetak sedangkan pembayaran
cukai telah dibuat.Telah aku maklumkan kaunter telah telah ditutup 15minit yang lalu.Ah So ini merayu sangat agar dapat
diperbetulkan alamat lot tersebut dan atas rasa simpati budi bicara aku,maka
aku membawa beliau ke bilik kaunter (Sesudah minta izin untuk masuk)Kebetulan
Pegawai bertugas masih berada dibilik berkenaan.Setelah aku menjelaskan
permasalahan ini bagi mewakili pihak Ah So (Kerana beliau kurang fasih berbahasa
Malaysia) maka aku meninggalkan Ah So ini bersama Pegawai tersebut
untuk berbincang.
Apa yang memeranjatkan
aku..,ketika aku lalu bersebelahan Ah So tersebut,beliau menghulurkan RM10 untuk duit aku minum teh (katanya).Aku
menolak dengan menjawab, “Terima kasih..,tak apa saya sudah minum..” dan terus
beredar keluar.Kira-kira selepas 15minit kemudian aku lihat Ah So ini keluar
dari bilik kaunter dengan senyuman (Masalah selesailah tu) dan mendatangi aku
sekali lagi yang ketika itu duduk diruang hadapan tempat aku bekerja.Ah So
tersebut menghulurkan sekali lagi RM20 (2 helai duit merah).Beliau mendesak aku
mengambil wang yang dihulurkan itu.Dia kata untuk aku minum dan Gong Xi Fa
Chai….dengan lembut aku menjawab,”Tak apa
lah Ah So..saya tolong dan saya kerja sini.Tak kisah itu wang…cukup terima
kasih laa…Gong si faa chaaai..” sambil itu aku beredar terus ke arah tandas
lelaki……(Apabila aku keluar dari tandas ,Ah So dan motorsikalnya tidak kelihatan lagi).
Aku hairan juga,adakah
pertolongan aku yang tidak seberapa itu perlu dibalas dengan RM..tidak cukupkah
dengan ucapan “Terima Kasih”…ataupun anggapan Ah So ini terlalu besar
pertolongan aku..atau mungkin juga beliau berfikir sekarang zaman duit..apa
sahaja yang ingin disegerakan perlu dibalas dengan duit…dan mungkin juga beliau
menabur budi agar segala urusan permasalahan berbangkit akan datang akan mudah
diselesaikan…..ohhh…tidak… siapalah aku….
Jujurnya aku berkata
disini bahawa apa jua pertolongan yang aku buat selama ini tidak dikira
membantu siapa jua...jika namanya minta tolong maka ikhlaslah dari hati ku
tanpa mengharap sebarang balasan…(Contoh:Aku terlibat dengan Sukarelawan
JKM,Sukarelawan AADK dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan).Jika di minta aku
membuat sebarang pekerjaan dan ditetapkan nilainya maka aku terima ganjaranya
sebagai hasil peluhku yang
menitis…(Contoh:Aku terlibat dengan Katering,Upah menebas,Upah meracun rumput dan
beberapa kerja sampingan yang aku lakukan)
Ya Allah Ya Tuhan yang
Maha Agung…kuatkanlah pendiriaan aku..permudahkanlah urusan harian ku dan
berkatilah rezeki yang aku perolehi dengan hasil usahaku sendiri.Sememangnya
aku tahu kelemahanku maka itu ku pohonkan kekuatan dari mu Ya Allah,jauhilah
punca rezekiku dari sumber yang tidak
diredhai. Moga kupohonkan jua agar saudara-saudari,rakan-rakan,teman-teman aku
sekalian dijauhi segala bahaya dan berkatilah rezeki mereka sekalian….Amin –Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment