Hari ini sekali lagi Jumaat 2012
menjengok kita dengan penuh ketenangan dan bumi ditempat aku ini diberinya hujan diawal pagi.Sejuk dan nyaman rasanya.Syukur ke hadrat Ilahi.Apa yang kita
inginkan ialah kedamaian dan keamanan dunia sejagat saling hormat dan menghormati bekerja sama satu sama lain dalam menjalankan
tugas harian.
Apa yang dikesalkan kini ialah
manusia sesama sendiri bertelagah
untuk menegakkan apa yang batil dan
menidakkan kebenaran.Agama yang menjadi pegangan hidup dijadikan perjudian
untuk mempertaruhkan ikatan persaudaraan.
Apakah penghujung dunia telah
hampir dan kita sebagai umat Islam mempercayai
dunia ini akan Qiamat atau erti kata lainnya dunia kini ialah dunia akhir
zaman.Ini diperkukuhkan lagi dengan tanda-tanda kecil Qiamat telah banyak
dilihat pada kehidupan hari ini.Contohnya ramai manusia berpakaian tapi
bertelanjang,lelaki memakai skaf kepala manakala perempuan mendedahkan
rambut,Kebenaran tidak lagi dipercayai dan banyak lagi contoh yang dapat
dilihat sekeliling kita selain dari peperangan sesama kepercayaan agama.
Oleh itu disini aku ingin
berkongsi kisah mitos yang aku terbaca dalam sebuah artikel semasa aku
berkunjung ke perpustakaan awam baru-baru ini.Bukan niat aku menakut-nakutkan
manusia tetapi sekadar ingatan untuk
kita sebagai insan manusia tidak semestinya kita akan kekal selamanya…Qiamat
kian hampir dan kematian adalah pasti (Ditujukan khas kepada manusia yang
angkuh dan yang sering memandang rendah
serta menganiaya aku).
Mengikut kepercayaan mitos kaum
Maya yang berusia hampir 5 ribu tahun ,dunia ini akan berakhir dihari Jumaat pada 21 Disember 2012(M)
bersamaan 8 Safar 1434(H).Menurut
kepercayaan kaum ini dikatakan membabitkan planet-planet yang berada di
cakerawala berantakan sesama sendiri
.Bumi dipercayai akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti yang akan
menyebabkan polar magnet bumi akan berganjak dari kedudukan asalnya.
Akibatnya air laut akan melimpah
kedaratan (Seperti Tsunami) dan memenuhi muka bumi ini.Gempa bumi akan berlaku
kerana gegaran dari bawah tanah akibat ledakan belerang gunung berapi yang
masih aktif dan boleh menyebabkan gunung berapi meletus memuntahkan larva yang
amat panas untuk mematikan kehidupan
seterusnya menutup muka bumi yang
berlopak dan berlurah.Seperti mana yang kita ketahui airbatu dikutub juga kian mencair dan
menambah kapasiti air laut yang sedia ada.Oleh itu tidak mustahil banjir akan
berlaku tanpa mengira keadaan cuaca kerana faktor pasang surut air laut juga menpenggaruhi
banjir.
Tamadun kaum Maya ini pernah
wujud kira-kira 2 ratus tahun sebelum masihi
dan kaum ini memiliki ilmu astronomi yang maju ribuan tahun dahulu dalam
ilmu kajian kitaran bintang di Bima Sakti. Menurut kepercayaan kaum ini juga
sebuah planet akan akan menceroboh sistem
solar bumi dan ianya akan
memudaratkan hidupan yang menghampiri planet ini.Planet ini dikatakan mempunyai
muka bumi yang tandus dan gempa bumi berlaku senantiasa disamping bencana alam yang lain.Planet ini
juga dipercayai berkuasa magnetik dan boleh mengganggu kestabilan geografi
bumi.
Oleh itu kepada pembaca blog aku
ini,ambillah kisah ini sebagai ingatan untuk kita menginsafi kemungkaran dan
ketamakkan dunia.Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui apa yang akan berlaku dan kita sebagai hambanya bersiap sedia kerana apa juga yang berlaku adalah ketentuan Nya juga.Apa yang kita ada pada hari ini seperti darjat,pangkat,kekayaan
dan kedudukan tidak akan kekal selamanya
.Apa yang kita miliki hanya dipinjamkan untuk dijadikan bahan ujian dalam
menentukan kedudukan kita dikemudian hari kelak.Oleh itu bersyukurlah dengan apa
yang kita miliki dan ingatlah untuk membantu golongan yang memerlukan.Walau
sehebat mana pun kita….akhirnya hanya kain kafan mengiringi kita ke kubur dan amalan dibawa pergi ke Alam Baqa.
Akhir kata..aku mendoakan agar
kalian yang bersifat manusia dan mempunyai akal fikiran..didoakan agar
kehidupan kalian akan diberkati dan diredhai oleh yang Maha Berkuasa lagi Maha
Besar.Tuhan segala alam..Allah swt…Insyaallah.
No comments:
Post a Comment