SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Friday, December 30, 2011

Jumaat 2011M meninggalkan kita.......

......Jumaat 2012 bakal mengamit kedatangan.



Masa berputar hari berganti...itulah rutin dunia yang diciptakan Nya.Begitu juga tahun berubah dari masa kemasa dan usia akan meningkat menghampiri penghujungnya.Tahun 2011M bakal melabuhkan tirai dan lembaran baharu 2012M akan muncul dengan seribu pengharapan dan kenyakinan.Segenap manusia didunia sibuk mencari dan tercari-cari apakah azam untuk tahun yang bakal tiba nanti, tetapi adakah azam lama tercapai atau sekadar semangat sementara tapi luput diingatan apabila pertengahan tahun baharu nanti..?

Pada diri aku sendiri walaupun tahun berubah tetapi aku tiada sebarang azam untuk difikirkan.Pada aku pertukaran tahun hanyalah rutin biasa dan pertukaran usia kepada apa jua yang berada didunia ini.Makin lama ditinggalkan maka makin berusialah ia dan sebagai manusia makin meningkat usianya maka makin hampirlah ia dengan kematian.Adakah kita bersedia dengan kematian atau sibuk mengumpul azam yang entah bila akan terlaksana atau sekadar dibibir tanpa ada usaha kearah memajukan diri sendiri.

Apa yang penting bersyukur kita kepada yang Maha Berkuasa kerana diberikan peluang hingga ke hari ini dan sentiasalah berdoa agar hari ini akan lebih baik dari semalam.Apa yang diraikan dihari ini adalah kejayaan hari semalam.Oleh itu janganlah kita keterlaluan mengikut pihak yang melalaikan kita untuk menjadikan kita leka dan alpa mengejar arus kemajuan sedangkan tahap diri sendiri masih tiada perubahan.

Walauapapun sempena hari Jumaat yang terakhir bagi tahun 2011M ini aku memanjatkan doa agar semua insan yang mengenali diri aku dekat mahupun jauh dan tidak dilupa juga doaku kepada seluruh umat Islam saudara seagama...,didoakan agar kalian semua beroleh kesejahteraan yang sempurna dan kehidupan diberkati yang Maha Esa.Peliharalah diri kita sendiri sebelum kita berhasrat hendak memelihara orang lain.

No comments:

Post a Comment