SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Wednesday, December 28, 2011

Malam Penghargaan AJK Penyelaras Tadika Perpaduan

Berakhirnya tahun 2011 ini dan tibalah tahun baharu yang dinantikan semua...2012 maka itu dengan rasminya juga berakhirlah sudah penggal aku terlibat secara menyeluruh sebagai Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tadika Perpaduan Daerah Jelebu yang telah aku sertai sejak tahun 2009.Sesungguhnya yang datang akan pergi dan yang lama akan ada yang baharu.Oleh itu aku berharap bermulanya tahun 2012 nanti akan ada lantikan untuk memilih anggota yang baharu.Maka itu diharapkan kepada sesiapa yang dilantik, segala sumbangan yang tenaga mahupun wang ringgit adalah demi anak bangsa sendiri juga.Janganlah berkira dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran.Anggaplah ianya satu amanah dan bakti kita kepada anak-anak yang akan kita wariskan dunia ini kepada mereka.Jasa kita amat diperlukan bagi melancarkan sebarang aktiviti atau majlis ilmu yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan.

Aku bersama Isteri yang banyak membantu
Sebagai tanda penghargaan


Terima kasih dari  Jawatankuasa Penyelaras Tadika Perpaduan
Sijil Penghargaan buat ku....

Dewan Sek.Men.Keb.Undang Jelebu yang dihias cantik

Merenung hari esok...dimanakah Melayu di suatu masa nanti....
Kepada adik-adik yang masih muda,tuntutlah ilmu dan belajarlah bersungguh-sungguh kerana tanpa pelajaran kita akan tertinggal dibelakang dan tanpa ilmu kehidupan kita menjadi tanpa hala tuju.Dunia ini semakin mencabar dan apa yang dipelajari hari ini adalah bekalan untuk hari hadapan.Tiada gunanya kita menyesal apabila usia meningkat senja kerana Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tiada gunanya.

" Tuntutlah Ilmu sehingga ke negeri China dan anggaplah kita akan hidup seratus tahun lagi, tetapi harus diingat beramallah kita seolah-olah kita akan mati pada esok hari"

No comments:

Post a Comment