Sempena tahun ular bagi kalender kaum Cina maka aku nak cerita pasal ular juga.Memang geli tapi satu cabaran juga kalau nak pegang reptelia ni.
Ular
sawa kebiasaannya mendiami kawasan hutan yang lembab (hutan hujan
tropika), kawasan berpaya dan berair.Ular sawa juga terdiri dari
beberapa jenis seperti ular sawa batik, ular sawa darah, ular sawa tikus
dan ular sawa redang.Perbezaan diantara jenis-jenis ular sawa ini tidak
terlalu ketara hanya saiz dan corak batik yang berberbeza
dibadannya.Cara kehidupan dan pemakanannya adalah sama mengikut saiznya.
Ular
sawa adalah sejenis pemangsa yang mencari makanan secara penyamaran,
serang hendap serta menangkap mangsa setelah berpeluang dengan cara
menjerut dan membelit mangsa sehingga remuk sebelum memakannya.Ular sawa
tidak mempunyai bisa racun seperti ular yang mematuk mangsa dan
melumpuhkan mangsa sebelum dimakan.Ular sawa kebiasaannya suka memakan
haiwan mamalia yang sederhana besar seperti pelanduk, kijang
rusa, dan jenis burung.Biasanya sesudah kekeyangan ular ini akan berehat tidur dalam satu tempoh yang tidak menentu.Biasanya ia tidak menyerang ketika kekenyangan.
Mengikut kepercayaan org cina pula tahun ular ini membawa maksud kebaikan dan ada juga keburukan.Ianya bergantung kpd kehidupan harian kita.
Warna biru dikatakan warna yang paling baik, kerana ia merupakan elemen
"air", manakala merah dan kuning, yang masing-masing mewakili api dan
bumi dikatakan pilihan kurang memberangsangkan untuk tahun hadapan.
"Ia bukan hanya untuk pakaian sahaja. Daripada membeli kereta baru
sehingga aksesori telefon bimbit anda, biru, hijau dan ungu adalah
pilihan warna yang baik.
"Anda juga boleh mengecat sebahagian kecil rumah anda dengan salah
satu daripada warna-warna ini," kata Presiden Institut Sains Geomancy
Malaysia (Mings) Prof Joe Choo, sambil menambah bahawa warna tersebut
akan membawa tuah.Tahun Ular bermula pada 10 Februari yang merupakan hari pertama dalam kalendar Tahun Baru Cina.
Salam..nak tnye...suami ada jumpa ular sawa batik dalam 3 mggu lepas....dh buat sangkar elok2...pastu bg mkn..ayam hidup...sampai hr ni ayam tu masih dlm sangkar...ular tu make donknow je...mcmne ye...
ReplyDeleteKalau ada feed bck..just email me at daniaimani8670@yahoo.com...tq
ReplyDelete