SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Friday, May 24, 2013

Kursus T.O.T di Insitut Latihan FAMA Port Dickson

Dulu aku hanya terlibat sebagai Rakan Anti Dadah (RADA) dan kini telah diserapkan ke Skuad Sukarelawan 1 Malaysia AADK.Bagi meningkatkan lagi kefahaman dan galakan kepada ahli maka aku terpilih untuk menghadiri  Kursus Latihan Kejurulatihan (TOT).

  

Kursus Latihan Kejurulatihan (TOT) Komuniti Perihatin yang di anjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan bermula 22 Mei 2013 dan  telah tamat dengan jayanya pada 23 Mei 2013 bertempat di Institut Latihan FAMA Port Dickson. Dengan tamatnya latihan ini aku dan semua perserta telah di bekalkan ilmu dan latihan mengatasi permasalahan najis dadah. Semua peserta telah faham mengenai transformasi yang di lakukan oleh AADK dan matlamat AADK dalam membantu masyarakat mengatasi masalah najis dadah. Semua peserta yang telah di lantik sebagai SKUAD 1 MALAYSIA AADK dengan sukarelanya tanpa sebarang imbuhan sebagai mata dan telinga AADK .
 Dalam kursus ini aku di ajar tentang tranformasi AADK dalam menangani masalah gejala najis dadah..,Semangat berpasukan dalam Latihan Berkumpulan..,penerangan C n C dan pengenalan kepada jenis jenis najis dadah. Pihak AADK merasakan dan sedar ada kelemahan dalam penguatkuasaan yang mereka jalankan dahulu adalah tidak sesuai dalam menangi masalah najis dadah di negara kita. Pendekatan baru telah di mulakan dengan konsep Cure and care. Penagih di ajak dan di pujuk supaya meninggalkan penyalahan gunaan dadah. AADK merasakan perlu duduk dan mengenali masalah yang sebenar seorang penagih dadah itu sekiranya untuk menangani masalah dadah.Kerjasama rakan penagih yang telah insaf juga amat diperlukan sebagai pembimbing membawa kesedaran kpd penagih yang masih tersesat dlm mencari arah kehidupan. AADK merujuk kepada Komuniti setempat, badan ngo dan masyarakat, tugas ini boleh di laksanakan memandangkan AADK sendiri kekurangan kakitangan jika dibandingkan peningkatan seorang penagih akan lahir dalam setiap satu jam.

4 comments:

  1. terbaik tugas suka rela dan tanpa wang.

    ReplyDelete
  2. tugas membersihkan negara dari najis dadah bukan kerja yang mudah krn dadah dijual oleh manusia binatang yg berkepentingan wang ringgit.selagi ada binatang ini maka selagi itu dadah tetap ada di malaysia.

    ReplyDelete
  3. teruskan usaha bersama mencapai malaysia bebas tanpa dadah 2015

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha murni anda

    ReplyDelete