Salam perkhidmatan salam pekerjaan kpd rakan2 sekalian.Bukan untuk membangga diri apatah lagi membesar diri tapi aku nak cerita sedikit atau perkongsian pengalaman aku sejak bekerja dibawah naungan Majlis Daerah Jelebu.
Perkhidmatan aku di MDJ sejak 2009 sebagai Pekerja Awam R1.Tugas yang diamanahkan kpd aku ialah membersihkan kawasan Dewan Besar Kuala Klawang dan Kediaman Rasmi YDP.Perkhidmatan aku mulanya secara Kontrak setahun ke setahun disambung sehingga penjawatan baru dibuka pada tahun 2011.Aku mohon dan rezeki menyebelahi aku untuk diserap ke penjawatan tetap dan berpencen.Ada segelintir rakan2 yang kurang berpuas hati dgn apa yg aku terima...,tapi aku buat tak kisah krn rezeki masing2.Tiada guna aku bertelagah dalam soal taraf pekerjaan ini .
Diringkaskan cerita pada tahun 2011 aku dianugerahkan sebagai Pekerja Cemerlang (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)...,maka makin ramai lagi tidak berpuas hati dengan aku.Pada mereka pencuci tandas dan tukang sapu tidak layak untuk menerima APC apatah lagi ketika itu aku masih dalam perkhidmatan kontrak.Aku tetap berdiam diri dan tiada gunanya bertelagah dalam soal ini krn ketentuan rezeki ditentukan oleh Allah swt.
Aku memang tidak menduga apatah lagi mengharap untuk menerima APC malah pada hari penganugerahan ini aku masih lagi sempat ke Seminar Busana Tradisional di Muzium Adat.Kira 2 jam 9pagi baharulah aku terima mesej dari S/u MDJ menyatakan aku terpilih untuk APC 2011.Aku hanya bersyukur dan cuba buat bersahaja agar tidak menyinggung mana2 perasaan yang benar2 mengharap APC.Pada aku dapat atau tidak APC tidak penting asalkan apa yang diamanahkan untuk aku jalankan tugas dibuat sepenuhnya tanpa berkira...Ikhlas dihati dan kerana Allah swt.
Memang aku adakalanya tidak berkira dari segi tugas,masa dan wang ringgit dalam menjalankan tugas seharian.Tidak perlulah aku nyatakan secara terperinci berkenaan perkara yg tidak berkira diatas.Hanya Allah swt tahu dan meredhai niat aku.Sedikit sebanyak biarlah apa yg aku sumbangkan sedikit membawa seribu kerahmatan dan diberkati Allah swt.Biarla sesama manusia apa nak dikata dan mengata tentang aku tapi aku hanya berserah Mudah2an rezeki aku perolehi diberkati untuk membesarkan anak2.
Oleh itu sempena hari Pekerja 2013 ini aku mengucapkan selamat ,selamat dan selamat kpd semua pekerja yang mengenali aku dan yang membaca nukilan ku ini.Didoakan kalian sentiasa dipelihara Allah swt dan dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan.Pesan aku kpd kalian (..juga kpd diri aku sendiri) agar buatlah sesuatu dari hati yang luhur ,ikhlas lagi suci.Jangan mengharap sebarang balasan dan berdoa selalu agar rezeki yang kita terima diredhai.Anugerah atau apa jua penghargaan hanyalah hadiah kecil tapi ganjaran pahala dari Allah swt lebih besar nilainya.Oleh itu keredhaan Allah swt terlalu besar dan tiada pesaingnya.
Akhir kata disini
Selamat menjalankan tugas dgn penuh dedikasi.Majukan diri untuk agama demi kemajuan bangsa.
No comments:
Post a Comment