BRIGED SUKARELAWAN KEBAJIKAN adalah sebuah kumpulan Sukarelawan yang ditubuhkan untuk membantu golongan sasar seperti orang-orang tua dan anak-anak yatim.Briged ini juga turut membantu kepada golongan yang memerlukan seperti mangsa bencana alam.Bakti turut juga dicurahkan kepada gotong-royong penduduk setempat.
Pada 5,6 & 7 March 2010 Briged Sukarelawan Jelebu telah berkampung di Jeram Gading selama 3 hari 2 malam.Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk peserta bagi mengeratkan hubungan sesama ahli dan pada hari ketiga satu gotong royong diadakan bersama penduduk Kg Chennah dan Balai Polis Kg Chennah.
Pada acara penutup yang dirasmikan oleh ADUN Pertang Dato' Razak Mansor bersama pengarah Jabatan Kebajikan Negeri.Berita ini mendapat liputan oleh akhbar Sinar Harian.
Aku ketika menerima hadiah sebagai peserta terbaik keseluruhan daripada Dato' Razak Mansor

Sempat juga bergambar di pinggir Bukit Jeram Gading sebagai kenangan yang terindah

Merakamkan kenangan sebelum berpisah meninggalkan Hutan Lipur Jeram Gading.Aku yang berjaket no dua dari kanan...eemmmmm...hensem tak..he..he..
Posing tanda bagus dan puas hati dihadapan challet Jeram Gading.
Aku lengkap beruniform Sukarelawan dan bersedia dengan tugas amal yang bakal dilakukan tanpa mengharap balasan...memadai aku mencurahkan keringat dibumi yang bertuah ini menabur bakti.
Aku bersiap sedia untuk meninggalkan Hutan Lipur Jeram Gading.
Santai dan enjoy...kami bergembira dan semangat setia pasukan yang kental tanpa mengira status dan jarak usia...
Senyum tanda kepuasan dan berharap akan ramai lagi orang diluar sana terlibat dengan aktiviti sebegini terutama anak-anak muda yang merempit tak tentu hala....Aku hanya mampu membantu dari segi tenaga dan keringat.Moga aku dikekalkan kesihatan yang sempurna untuk terus dan terus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.