SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Sunday, March 14, 2010

Sukarelawan Berkampung di Jeram Gading Jelebu

BRIGED SUKARELAWAN KEBAJIKAN adalah sebuah kumpulan Sukarelawan yang ditubuhkan untuk membantu golongan sasar seperti orang-orang tua dan anak-anak yatim.Briged ini juga turut membantu kepada golongan yang memerlukan seperti mangsa bencana alam.Bakti turut juga dicurahkan kepada gotong-royong penduduk setempat.
Pada 5,6 & 7 March 2010 Briged Sukarelawan Jelebu telah berkampung di Jeram Gading selama 3 hari 2 malam.Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang untuk peserta bagi mengeratkan hubungan sesama ahli dan pada hari ketiga satu gotong royong diadakan bersama penduduk Kg Chennah dan Balai Polis Kg Chennah.
Pada acara penutup yang dirasmikan oleh ADUN Pertang Dato' Razak Mansor bersama pengarah Jabatan Kebajikan Negeri.Berita ini mendapat liputan oleh akhbar Sinar Harian.
Aku ketika menerima hadiah sebagai peserta terbaik keseluruhan daripada Dato' Razak Mansor

Aku bersama rakan sebilik...



Sempat juga bergambar di pinggir Bukit Jeram Gading sebagai kenangan yang terindah




Merakamkan kenangan sebelum berpisah meninggalkan Hutan Lipur Jeram Gading.Aku yang berjaket no dua dari kanan...eemmmmm...hensem tak..he..he..

Posing tanda bagus dan puas hati dihadapan challet Jeram Gading.

Aku lengkap beruniform Sukarelawan dan bersedia dengan tugas amal yang bakal dilakukan tanpa mengharap balasan...memadai aku mencurahkan keringat dibumi yang bertuah ini menabur bakti.
Aiiikkk...aku merenung masa depan...mamat nie plak nak cucuk lubang hidung aku...Gambar nie dirakam di Balai Polis Kg Chennah.

Aku bersiap sedia untuk meninggalkan Hutan Lipur Jeram Gading.
Gelagat kengkawan semasa makan malam..sompek gak nak bergayo maso makan...lauk eh..,nasi putih dgn goreng-goreng jer...dah lapar semua sedap...
Gaya seorang bapa beristeri satu dan anak punya lima...mancho tak...??
Ibu,anak,kakak....sehati sejiwa santai & cool....Satu Kumpulan Sukarelawan yang patut dibanggakan...

Santai dan enjoy...kami bergembira dan semangat setia pasukan yang kental tanpa mengira status dan jarak usia...
Aku mencuba kekuatan jambatan gantung Jeram Gading...pehhh...kuattttttt...

Senyum tanda kepuasan dan berharap akan ramai lagi orang diluar sana terlibat dengan aktiviti sebegini terutama anak-anak muda yang merempit tak tentu hala....Aku hanya mampu membantu dari segi tenaga dan keringat.Moga aku dikekalkan kesihatan yang sempurna untuk terus dan terus terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

No comments:

Post a Comment