SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Tuesday, March 2, 2010

Program Anggota RELA 26~28 Feb 2010

Minggu akhir bulan February aku diisi dgn aktiviti RELA.Aku bersama hampir 60 anggota RELA Jelebu dari pelbagai bangsa dan pangkat menyertai Konvoi Bermotorsikal ke Hutan Rekreasi Sg.Congkak Ulu Langat Selangor.Program ini diberi nama Program Jati Diri...
Gambar aku (5 duduk dari kanan) dirakamkan oleh wartawan Sinar harian untuk dijadikan tajuk utama akhbar tersebut.gambar ini dirakam semasa kamin berkumpul di depan ibu pejabat RELA Jelebu sebelum memulakan perjalanan kira-kira jam 16.30pm.

Aku (Duduk kanan)bersama sebahagian Anggota RELA menunjukkan isyarat
1 Malaysia...

Konvoi melalui laluan Pekan Kuala Klawang....seterusnya ke laluan Genting Press....Hampir 20 buah Motorsikal,sebuah Pacuan 4 roda,6 buah kereta,sebuah van pregio dan sebuah Kembara turut serta dlm kumpulan ini.
Perjalanan Konvoi kami selamat sampai dan selamat kembali.Konvoi kami diiringgi oleh Traffik RELA yang penuh dengan disiplin dan pemanduan yang lancar.Perjalanan kami diuji dengan hujan semasa laluan mendaki Genting Press hingga ke Pekan Bt 18.Dengan semangat cekal dan waja perjalanan diteruskan juga tanpa berteduh.

Aku lengkap beruniform...kuyup....... Sempat juga aku merakamkan kengan dgn anggota RELA dari kaum Asli semasa latihan memburu musuh...
Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang 3hari 2 mlm kami disini.Antaranya ialah Kawad Kaki,Kawad Cotar,Laluan Malam di hutan,Uji ketahana fizikal mendaki bukit tegak sejauh 3km,Berjalan kaki sejauh 5km,Kuiz mahkamah mencari barang kes dan beberapa acara sampinggan yang lain.Aku tidak dapat merakamkan gambar semua aktiviti krn kebebasan kami terlalu ketat dan pengisian masa yang padat.


Acara penutup pada 28 February diisi dgn BBQ,Karaoke,Poco-poco dan penyampaian hadiah kawad terbaik,platun terbaik dan pelbagai lagi...aku..he..he...tak ada hadiah........belum layak krn masih ada anggota yang lebih bagus dari aku.....
Pendek kata acara sebegini dapat memantapkan lagi disiplin anggota RELA dan mengeratkan hubungan kami sesama anggota tanpa mengira kaum dan agama.Sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak,berdisplin,mencabar dan mempunyai semangat yang tinggi amat digalakan menceburi keanggotaan ini.yang penting Jujur,Ikhlas dan tidak mementingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment