Aku terpilih sebagai salah seorang peserta dari Pihak berkuasa Tempatan mewakili Majlis Daerah Jelebu.Ini adalah penyertaan sulong aku dalam acara sebegini sejak aku menyertai MDJ.Aku amat berbesar hati mewakili MDJ.
Semangat punya pasal aku telah bergerak dari TT ke Seremban pada pagi 26.02.2010 jam 05.25am dan aku sampai di MPS jam 06.15am.Padang masih sunyi pada waktu iti lantas aku ke Masjid Negeri menunaikan Solat Suboh.
Perarakan bermula dari Padang MPS dan menuju ke Masjid Jamek Seremban dan berakhir di MPS kembali.Aku bersama 12ribu lagi rakan perarakan dari pelbagai Agensi dan penjawatan kerajaan melaungkan Salam pujian salawat keatas Nabi Muhammad SAW.Perarakan berakhir kira-kira jam 11.00am.Sesudah merasai juadah yang dibekalkan oleh penganjur..,maka aku pun beredar untuk kembali ke Jelebu.
No comments:
Post a Comment