SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Friday, December 14, 2012

01.12.2012 Perkahwinan " e "

           Perkahwinan adik perempuan bongsu aku kali ini dibuat sederhana dgn persiapan yg biasa jer.Kerjasama dan gotong royong adik beradik dgn sanak saudara menjadikan majlis Persandingan 1.12.12 ini berjalan lancar dgn dihadiri jemputan menjangkau seribu orang.
          Tidak terhingga juga dari aku sekeluarga kpd Sykt Satau Station yg menyumbangkan hati ayam dan daging kotak untuk dibuat masakan utama disamping nasi beriani.Tak lupa juga kpd Sykt Nasir Catering yg memberi guna izin pakai pinggan mangkuk,cawan dan pelbagai alatan hidangan disamping sumbangan acar buah dan Chendol yang didatangkan khas dari Jiboi Chendol.
          Pengalaman yang amat berharga bagi diri aku ialah..Inilah pertama kali aku menikahkan adik perempuan aku.Abah memberi izin (Wali Wakallah) untuk aku menimba pengalaman dan belajar krn aku ramai anak-anak perempuan.Mudah dan tidaklah sesusah seperti yang digambarkan.Yang penting persiapan diri dan pengetahuan serba sedikit tentang asas agama.Hal lain diuruskan oleh Imam yang ditauliahkan dan dan menjadi pengalaman amat berguna duduk berjabat tangan (Akad) dgn pengantin lelaki disaksikan Imam.
          Disini aku lampirkan serba sedikit gambar yang sempat aku rakam mengunakan kamera handphone Sony Experia.....maaf laa gambar tidak secantik mana...

Bapa saudara dari Kelang sedang mengacau pajeri nenas

Sepupu saudara mara dari Kelang duduk bersembang....

Along DJ..sepupu dari Banting mengendalikan PA Sistem mengendali Karaoke
Mak Tam..sibuk mengoreng ayam
Adik aku no 5...D menghiburkan hadirin dgn lagu kegemaran beliau

Aku bersama Eypap adik aku no 4 dan adik bongsu Eytok menyusun meja

Adik bongsu bersemangat menanam pancang untuk tanda arah rumah pengantin

Pekerja khas dari PUSPEN yang diuruskan oleh biras sebelah mertua adik aku...sdra Muharam

Penyerah Wakallah Wali dari abah kpd aku disaksikan oleh Imam

Aku selamat menikahkan pengantin dengan dua kali Akad

Abah dgn emak menyambut tetamu sambil abah menerangkan hari dia bersedekah tidak perlulah membawa salam berisi sampul duit.

Sdra Kamai...memang diakui nasi kawah beliau di Kg Seperi Jelebu...Syabass Kamai

D dan Husin...org kuat basuh kawah...

Anak perempuan aku terlibat dgn pemberian cenderahati kpd tetamu

Antara tetamu yan g hadir

Rakan Re-Union Sruj 1980...hadir pertama kalinya ke kampung aku...thanks Kay....

Tetamu memenuhi halaman rumah

Sepupu dari Pahang...Bg Budin..terima kasih sudi juga sampai

Ha..ha...pengantin lama juga diraikan oleh rakan2 katering....

Sepupu dari Kuala Lumpur...thanks Mus krn sudi hadir sekeluarga

Inilah pengantin kita...Selamat Pengantin Baru  -Rashid & Sri Isnawati.Didoakan agar kalian berdua kedua mempelai kekal jodoh berpanjangan dan kekal rumah tangga aman bahagia. 



  
Bergambar kenangan bersama rombongan keluarga aku
SELAMAT PENGANTIN BARU

No comments:

Post a Comment