SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Thursday, December 31, 2009

Dari S'ban ke Kuala Lumpur 28~30 Dec 09"

Cuti yang masih berbaki aku habiskan di Kuala Lumpur.Anak-anak hendak merasa menaiki Komuter,Lrt dam Monerail.Aku naik dari Seremban dan terus ke Stesen Bank Negara.Amacam..pandai tak mereka bergaya dari atas jejantas berlatar belakangkan pasaraya Sogo bersebelahan Pertama Kompleks. Aku pun nak juga berposing bersama Darling aku..he..he..Window shoping...jalan-jalan cari makan....
Alyaa..anak perempuan aku nie..dlm takut nak juga bergambar.....
Kat Jolobu tak do tanggo berjalan nie....sompek gak bebudak ni bergayo..Bergambar kenangan di hadapan Pertama Kompleks...kedai sepupu aku yang membuat Piala dan pelbagai barangan tembaga dan pewter..MAIN GALLERY SDN BHD.Inilah kediaman aku sekeluarga akan menumpang berteduh..Banglo sepupu aku di Wangsa Mas Ampang.Pemilik Restoran Satay Stesen Kg Pandan....



Haa..nielah kereta yang akan membawa aku bersiar-siar sekitar Kay EL milik sepupu aku...

Sempat juga tumpang posing dgn kereta milik sepupu aku...tumpang bergambar jer...nak pandu..eeeeee...takut den...tak mampu nak ganti walaupun satu skru cicir....
Aku bergambar beberapa pose di sekitar banglo nie..
Pisang ketot..he..he...kat Jolobu tak do nie...memang banglo nie banyak pokok pisang...
.. dikelilingi oleh pelbagai pokok pisang krn daun pisang akan digunakan untuk hidangan Satay di restoran Satay Stesen..
Anak bujang aku nie pun nak juga bergaya dengan buah pisang...

Anak2 dgn anak buah cuba membenamkan aku dalam kolam...he...he..tak pek do...
Pagi sampai ke petang berendam dalam kolam..iyolah kat umah tak do...kat sini mandilah pueh-pueh..anak-anak plak suko ditemankan oleh anak sepupu...kira dah dua pupu pulak ler mereka nie..
Orang perempuan tu laa deh...dalam rumah pun nak bergayo....sompek gak tu....
Nak makan pun nak bergayo...ingat ni studio filem ko....


Inilah gambar dari Frame yang aku rakam semula...Restoran Satay Stesen Kg Pandan.Cubalah rasa satay disini tentunya nak lagi.Suasana desa dan bercirikan kampung....menyerlahkan lagi kedamaian suasana...tak percaya..cubalah.....

Kepada Bg Zul dan kak Ila ..terima kasih diatas layanan yang diberikan.Minta halal dan maaflah jika ada apa-apa yang terkasar atau kesilapan yang tidak disengajakan....tentunya percutian hujung tahun ini meninggalkan memori indah buat aku da sekeluarga....Moga dimurah rezeki sihat tubuh badan ditahun akan datang..sesamalah kita berdoa untuk kesejahteraan bersama...Insyaallah...

No comments:

Post a Comment