SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Thursday, December 17, 2009

Majlis Khatam Al-Quran Angah 14.12.2009

Anak perempuan kedua aku Rusliana Syazwana telah menyempurnakan tanggungjawab sebagai anak seorang muslim..Khatam Al-Quran buat kali ke-2 pada 14.12.2009 selepas Solat Asar.

Khatam beliau telah ditemani oleh abangnya Rusaiman Azizi di Surau Taman Irama.

Acara ini dilangsungkan dengan serba sederhana dgn kehadiran penduduk setempat dan dihadiri oleh YDP MDJ Tuan Zulkifly Baharan.
Pulut kuning tidak dilupa sebagai turutan adat turun temurun...
Pemberian bunga telur untuk mereka berdua sebagai penyeri dan pelengkap acara Khatam Al-Quran.
Anggunnya Rusliana Syazwana dgn busana ciptaan ibunya..
Lebihan makanan untuk agihan dan dipanjang-panjangkan agar semua dapat merasa..
Alhamdulillah majlis ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.Terima kasih diatas kerjasama semua pihak yang sudi membantu dan memeriahkan acara.Moga kehidupan kita diberkati dan dimurahkan rezeki...Insyaallah..

No comments:

Post a Comment