SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Tuesday, December 1, 2009

SEHARI DI PUBLIC BANK & MAYBANK

Hari ni 01 December 2009 kami bertiga sepakat untuk membuka akaun bank seperti yang telah dibincangkan pada mesyuarat Re-Union 01/2009 lepas.Mulanya Kay telefon dari Nilai hendak datang ke Jelebu tengah hari nanti.Aku yang masih bertugas ketika itu menanti di Dewan MDJ manakala Rafidah menanti di Butik beliau.Jam 11.30am kami bertiga dah berkumpul di Butik Rafidah.Aku,Kay dan Rafidah ke Public Bank Kuala Klawang dan mulalah mengisi borang permohonan akaun bersama.

Kecoh dibuatnya dlm Public Bank kerana gelagat kay yang tak sudah-sudah bergambar dan bertanya macam-macam dengan kerani bank tersebut.Rafidah tolong gelak dan menokok menambah bahan lawak.Aku...eh..eh..tukang karutlah supaya suasana menjadi makin riuh rendah.Nasib baik Bank tak ramai orang ketika itu.Pegawai dan kerani Bank turut terhibur dengan gelagat kami..
(Ontah-ontah menyampah)
Urusan bank selesai kira-kira jam 12.45pm.Kemudian aku dgn kengkawan ni ke MayBank pulak krn ada urusan peribadi masing-masing.Kay nak membuka akaun MayBank..,aku pulak nak buat loan ASB..manakala Rafidah pun sama hendak buat loan ASB untuk tabungan masa hadapan.Dalam MayBank pun kecoh juga..Apa tak nyer si Kay heboh dengan cip IC dia boleh hidupkan lesen memandu.Cip IC aku pulak tak boleh dibaca scanner...apo laei..kono kutuk laa.Si Rafidah pulak sibuk nak posing depan kamera.Maklumlah orang dah ada facebook...memang kami ni agaknyer suka menghuru-harakan keadaan yang sunyi.Sesudah selesai semua tu kami pun beredar.Gara-gara semua ni aku tak balik makan tengah hari.Aku kembali ke dewan MDJ dan Kay bersama Rafidah ke Butik kira-kira jam 2.15pm.

1 comment:

  1. MEMANG KECOH...KAMI NASIB BAIK TIGA ORANG JER MASA TU...KALAU TAK LINGKUPLAH.....

    ReplyDelete